بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..semoga sahabat2 semua sihat dan dalam lindungan rahmat Allah..seperti biasa..hari ni kami akan kongsikan satu lagi ilmu dan pengatahuan yg manfaat untuk kita semua terutama untuk kaum hawa..insyaallah...semoga kita semua mendapat iktibar dan mengambil nya sebagai satu motivasi untuk diri kita semua..tapi post kami hari ini lebih kepada wanita sikit tau..
Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim).. wanita hiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita solehah..kecantikan wanita bukan dari paras rupanya tetapi dalamannya iaitu hatinya akhlaknya agamanya..tak guna kalau muka cantik tapi akhlak takdak..wahai wanita sekalian peliharalah dirimu dan auratmu kerana dirimu bergitu mahal dan beharga..
Wahai wanita bergitu tinggi darjat kamu..kerana Rasulullah mengangkat darjat kamu sehingga Rasulullah berkata 'siapa yg menyakiti wanita sama seperti dia menyakitiku..jom kita tengok balik macam mana kehidupan wanita di zaman jahiliyah dahulu sebelum kedatangan islam.. semasa zaman jahiliyah kanak2 perempuan yg baru lahir akan dibunuh, wanita2 di rogol dan diseksa..tetapi selepas kedatangan islam semuanya berubah..
Rasulullah datang dengan membawa rahmat sekalian alam dan mengangkat darjat wanita..wanita dilindungi.. malah wanita balik memiliki kelebihan dari lelaki kerana wanita banyak mendahului lelaki dalam banyak hal seperti ummul mukminin saidatina khadijah ialah wanita pertama memeluk islam dan sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dan Rasulullah berkata 'bersabarlah sesungguhnya bagimu syurga di sana..
Wahai wanita apakah kamu tidak mahu menjaga dirimu..apakah kamu tidak malu..bagai mana dengan perasaan Rasulullah jika melihat akhlak kamu semua wahai wanita pada hari ini..pasti Rasulullah sedih..wahai wanita bangkitlah dan memperjuangkanlah dirimu untuk memelihara aurat dan akhlakmu..jangan lah kamu wahai wanita mempersiakan apa yg telah Rasulullah perjuangkan untuk mengangkat darjat wanita..
Dan kat bawah ni adalah soalan yg selalu di persoalkan oleh wanita..semoga ia dapat memberi lebih kepahaman kepada wanita..insyaallah..
Sekumpulan wanita sedang berhimpun berbincang tentang pelbagai permasalahan. Secara tanpa disedari, timbul persoalan dari setiap wanita itu mengenai kekurangan pada wanita yang dirasakan sukar dan tidak adil. Setiap dari seorang mereka menyuarakan persoalan masing-masing.
1⃣Keluhan wanita pertama:
"Aduh, situ tutup, sini tutup, semua nak kena tutup. Susah la camni. Apasal laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya kiri kanan atas bawah depan belakang."
2⃣Keluhan wanita kedua:
"Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami pulak? Padahal suami nak keluar ke mana-mana pun, tak bagitau kami takpe pulak."
3⃣Keluhan wanita ketiga:
"Jika kita ikut faraid (pembahagian harta pusaka mengikut Islam), ikut surah al-Nisa dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sikit rasanya berbanding harta yang anak lelaki dapat. Itukah keadilan?"
4⃣Keluhan wanita keempat:
"Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak? Suami kita senang saja, masa buat anak cari kita. Masa nak beranak, kita yang tanggung sendiri!"
5⃣Keluhan wanita kelima:
"Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami kita, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?"
6⃣Keluhan wanita keenam:
"Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak boleh ceraikan suaminya? Kenapa?"
7⃣Keluhan wanita ketujuh:
"Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat kita perempuan ni suka ke tak solat dan puasa? Dahlah lepas tu kena ganti pulak."
Kemudian datanglah seorang lelaki kepada mereka lalu ditanya, mengapa mereka mengomel tentang kejadian wanita dan kekurangan-kekurangan tersebut. Setelah disoal dengan soalan-soalan di atas, lelaki itu lantas memandang setiap wanita itu sambil tersenyum, seraya menjawab setiap satu daripadanya.
🔺Pada wanita pertama, lelaki itu menjawab:
"Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang paling aman dan terbaik, kan? Emas dan permata pun tak sanggup kita nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang, sebaliknya kita simpan di rumah atau dalam peti selamat kan? Jika anda letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut, tapi anda? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan!! Mahalnya harga anda untuk seorang lelaki."
🔺Pada wanita kedua, lelaki itu menjawab:
"Memang, isteri perlu taat pada suami. Tapi, bagaimana pula lelaki? Seorang suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri pula tidak perlu lagi. Taatnya hanya pada suami. Kenapa anda perlu taat pada suami? Kerana suami andalah yang menanggung SEMUA dosa yang anda lakukan."
🔺Pada wanita ketiga, lelaki itu menjawab:
"Benar wanita menerima warisan pusaka sedikit berbanding lelaki, tetapi harta itu menjadi hak mutlak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Tak perlu dikongsi dengan sesiapa walaupun suami. Lelaki pula, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasalah dia."
🔺Pada wanita keempat, lelaki itu menjawab:
"Tahniah dan terima kasih kepada wanita kerana dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali anda begitu, anda akan didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat. Subhanallah,beruntungnya anda!! Andaikan anda meninggal pula masa beranak tu, percayalah, itu mati syahid dan ganjarannya syurga!!"
🔺Pada wanita kelima, lelaki itu menjawab:
"Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat orang wanita. Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu apa maksudnya? Maknanya, anda nanti di akhirat akan dibantu oleh empat lelaki. Siapa mereka? Mereka ialah suami anda, ayah anda, anak lelaki anda dan adik lelaki/abang anda."
🔺Pada wanita keenam, lelaki itu menjawab:
"Nak beribadat macam lelaki beribadat? Agaknya kenapa Rasulullah SAW lebih suka wanita beribadat di rumah saja berbanding di masjid? Kami lelaki perlu beribadat siang malam untuk mendapat syurga. Anda sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang anda sukai, tanpa perlu susah payah. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula, hanya dengan empat cara. Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan taat pada suami anda. Itu saja."
🔺Pada wanita ketujuh, lelaki itu menjawab:
"Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Anda, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka anda akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Itu janji Allah pada kamu."
🔺Kemudian lelaki itu bertanya mereka pula:
"Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?"
Wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, "Masya'Allah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!"
Allah yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Mengetahui pada manusia, sehingga segala hukumNya, malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
"Dan barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Nampak tak macam mana Allah dah aturkan semua nya..cantik percaturan Allah..Allah maha adil dan setiap yg di jadikan ada sebab dan hikmahnya..jadi alhamdulillah dan beryukurlah wahai manita..ok insyallah sampai di sini dululah post kami untuk kali ini..semoga apa yg di sampaikan dapat memberi manfaat untuk kita semua dan siapa yg baca post ini tolong sampaikan kepada orang lain jugak..semoga sama2 kita mendapat keberkatan dan pahala dari Allah SWT..insyaallah..ok la assalamualaikum..
Bukankah darjat lelaki lebih tinggi berbanding wanita? Saya sering terkeliru, sya baca lelaki darjatnya lagi tinggi berbanding wanita, tetapi ada wanita dinyatakan darjatnya tinggi dlm Islam...
ReplyDelete