بسم الله الرحمن الرحيم
assalamualaikum.. hai semua.. hari ni saya akan sambung untuk untuk penulisan seterusnya.. insyaallah..saya akan menceri satu kisah yang sangat menarit dan di harapkan dapat memberi sedikit penganjaran untuk kita semua..kisah ni berkaitan dengan seorang anak yg sangat taat ke kepada ibunya.. ok ceritanya bermula bergini...................
daripada muawiyah bin haidatal qusyairi katanya aku bertanya kepada Rasulullah 'siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik? Rasulullah menjawab ibumu. kemudian aku bertanya siapa lagi? Rasulullah menjawab ibumu. kemudian aku bertanya siapa lagi? Rasulullah menjawab ibumu. kemudian aku bertanya siapa lagi? Rasulullah menjawab bapamu kemudian orang yang paling hampir dengan mu dan seterusnya'. (hadis riwayat tirmizi).
maka jelaslah disini yang ibu adalah yang paling utama untuk kita patuhi, berbakti dan mentaati dan selepas tu baru ayah dan orng terhampir dengan kita. Rasulullah juga pernah bersabda yg bermaksud " redha allah bergantung kepada redha ibu bapa dan murka allah bergantung pada murka kedua ibu bapa".(hadis riwayat hakim)
oleh itu wajib untuk kita mentaati kedua ibu bapa kita. kerna tanpa mereka kita pasti tidak dilahirkan..ok kat sini saya akan menceritakan seorang manusia yang tidak dikenal dibumi malah terkenal di langit dan Rasulullah sendiri mengiktiraf beliau sebagai penghuni langit. beliau adalah Uwais Al-Qarni..
uwais al-qarni hidup dizaman rasululah dan menetap di Yaman. hidupnya sangat miskin dan anak yatim. dia hanya tinggal dengan ibunya yang sudah tua dan lumpuh malah buta kedua matanya. ibunya hanya bergantung harap kepadanya. miski pun dia miskin tapi dia sangat kaya dengan budi bahasa dan adab yg baik.
selain itu uwais juga terkenal sebagai seorang sangat taat kepada ibunya dan taat beribadah. uwais sentiasa membantu ibunya tanpa dan tidak pernah mengeluh dan mengurus keperluan ibuna dahulu sebelum dia membuat kerja lain.
uwais al-qarni sebenarnya mempunyai satu impian iaitu ingin merjupa sendiri dengan rasulullah akan tetapi dia sedar akan sebenarnya tanggungjawabnya yg lebih utama adalah berbakti kepada ibunya yg sedang uzur. tetapi kerinduan dia kepada rasulullah sangat tinggi . beliau mendekati ibunya dan memohon izin dan restu untuk mertemu dengan rasulullah di madinah. ibunya berkata 'pergilah wahai uwais dan temuilah nabi di rumahnya bila selesai berjumpa segeralah engkau pulang ke pangkuanku.
uwais sangat gembira dan segera berkemas untuk berangkat. dia jugak menyiapkan segala keperluan ibunya dan berpesan kepada jiran supaya menemani ibunya selama dia tiada di rumah. sampai saja di madinah uwais terus menuju ke rumah rasulullah. sampai di rumah rasulullah beliau di beritahu oleh aisyah bahawa rasulullah tidak ada di rumah kerana sedang berada di medan perang. uwais sangat kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan rasulullah dan beliau tidak dapat untuk menunggu lama kerana teringat akan ibunya yg sudah tua sedang menantinya di rumah.
atas ketaatan kepada ibunya, beliau terus barangkat pulang dengan segera dan beliau menyuruh aisya menyampaikan salamnya kepada rasulullah. tidak lama selepas itu rasulullah pulang dan aisya memberitahu akan kedatangan uwais. dan rasulullah berkata 'itu lah dia Uwais Al Qarni anak yg sangat taat akan ibunya'. dan nabi berkata lagi 'jika kalian ingin berjupa dengan dia perhatikanlah beliau mempunyai tanda putih di tengah telapak tangannya.
selepas itu rasulullah memandang kepada saidina umar dan saidina ali dan berkata 'suatu ketika nanti bila kalian berjumpa dengannya maka mintalah doa dan istighfarnya kerana dia adalah penghuni langit bukan penghuni bumi. dan suatu ketika saidina umar dan saidina ali pun berjumpa dengan uwais al qarni dan meminta doa darinya.
selain itu ibunya juga mempunyai hajat untuk menunaikan haji di mekah. namun dengan kudrat itu pasti ibunya tidak mampu untuk pergi ke mekah. umais mendapat satu ilham. dia membeli seekor anak lembu.apa yg beliau lakukan adalah pada setiap petang beliau akan mendukung anak lembu tersebut dengan menggunakan tangan nya dan membawanya naik keatas bukit dan mendukungnya membawa turun dari bukit pada keesokan paginya. beliau melakukan sebegitu sehingga anak lembu itu besar.
sebenarnya yg dilakukannya itu adalah untuk menguat kan tangannya kerana dia ingin mendukung ibunya untuk membawa ke mekkah untuk menunaikan haji. dam selesai melakukan haji beliau mendukung ibunya pulang. setibana di rumah ibunya bertanya 'apa yg kamu doakan sepanjang kamu di mekkah. dia menjawab 'saya berdoa supaya allah mengapunkan semua dosa-dosa ibu. ibunya tanya lagi 'bagaiman pula dengan dosa kamu'. dia menjawab 'dengan terampunnya dosa ibu, ibu pasti masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya jugak masuk syurga.
masyaallah..tengoklah sifat dan akhlak uwais al qarni dan bagaiman ketaatan nya kepada ibunya..semoga dengan perkongsian yg sedikit ni dari saya akan memberi sedikit kesan untuk kita berubah dan taat kepada ibu bapa kita..insyaallah.