hijrah

Sunday, 15 March 2015

TANDA KEMUNCULAN DAJJAL



  بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum.. Alhamdulillah allah masih memberi kami kesempatan lagi untuk perkongsian lagi dalam blog ni..insyaallah kali ni kami akan kongsikan satu lagi perkara yg akan muncul di akhir zaman.. semoga dengan perkongsian ini akan memberi kita semua sedikit kesedaran untuk memperbanyakkan dan mempertingkatkan lagi amalan kita semua untuk menghadapinya..

Dalam hadis yg diriwayatkan daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari RA menceritakan “datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu berbincang-bincang. Lalu baginda bertanya apa yg kamu perbincangkan? Kami pon menjawab kami sedang berbincang tentang hari kiamat. Lalu Nabi SAW bersabda tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat 10  macam tanda-tandanya. Dan kemudian baginda menyebut satu persatu, 1 keluarnya asap 2 munculnya dajjal 3 keluarnya binatang dari perut bumi 4 terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya 5 turunnya nabi Isa AS 6 ya’juj dan ma’juj 7 berlakunya gempa bumi di timur 8 berlakunya gempa bumi di barat 9 berlakunya gempa bumi di semenanjung arab 10 api yg keluar dari arah negeri yaman yg akan menghalau manusia kepada padang mahsyar merika” hadis riwayat muslim.

Hadis di atas menceritakan 10 tanda sebelum datangnya hari kiamat.. salah satu tandanya ialah kemunculan al-masih ad-dajjal.. dajjal akan muncul dengan membawak fitnah yg sangat besaq sehingga rasulullah berkata ikatlah isteri mu di tiang2 rumah kamu supaya dia tidak terikut akan kata2 dajjal.. selain itu Rasulullah juga pernah bersabda “tiada seorang pon daripada kalang para nabi melainkan mereka telah memberi amaran dan peringatan bagi umat masing2 akan kedatangan dajjal yg buta sebelah mata dan sesungguhnya tuhan kamu (allah) tidak buta.

Antara tanda kemunculan dajjal jugak ialah 3 taun sebelum kemunculannya kehidupan manusia akan dilanda kesusahan , kesempitan, dan kelaparan di sebabkan bekalan makan yg tidak mengcukupi dan Rasulullah menyatakan bahawa berkalan makan manusia yg beriman pada waktu itu hanyalah bacaan tahli, tasbih, tahmid dan takbir.”dan pada awal kemunculan dajjal jugak dia akan mengaku dirinya adalah nabi dan ingatlah tiada nabi sesudah aku (kata Rasulullah). Dan selepas itu dia akan mengaku dirinya sebagai tuhan dan ingatlah tuhan yg sebenar tidak akn dapat lihat sebelum kamu mati.

Sahabat2 sekalian ingat lah tiada satu tempat pon yg tak pernah di masuki oleh dajjal melainkan 2 tempat iaitu mekkah dan Madinah. Ada riwayat jugak mengatakan bahawa dajjal tidak dapat memasuki 4 buah masjid iaitu masjidil haram, masjid an-nabawi, masjid al-aqsa dan masjid thur. seperti yg diriwayatkan oleh jabir bin abdillah rasulullah bersabda “bumi yg paling baik adalah bumi Madinah. Sewaktu kedatangan dajjal nanti ai di kawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah dan ketika kemunculan dajjal bumi Madinah akan bergegar sebanyak 3 kali..

Selain itu tanda kemunculan dajjal jugak apabila khatib tidak lagi menyebutkan tentang dajjal semasa membaca khutbah jumaat, orang ramai tidak lagi mengikatkan perihal dajjal sesame sendiri dan sesungguhnya dajjal sudah hamper muncul.. untuk mengelak kita dari terkena dan menjadi pendinding kita dari fitnah dajjal hendaklah kita mengamalkan surah al khafi dan menbacanya setiap hari dan paling kurang hendaklah kita membaca 10 ayat awal dan 10 ayat akhir. Insyaallah semoga dapat menjadi pelindung kita kelak tapi ingatlah yg melindungi kita bukan ayat itu tetapi Allah yg melindungi kita..


Insyaalah saudara sekalian ini adalah serba sedikit dari kami yg sangat kurang ni tentang dajjal.. kalau ada kesilapan tolong tegur dan tambahlah apa yg betul. Tegur kami kalau salah sbb kita semua sama2 mencari dan menyebarkan ilmu..insyaallah..ok lah kami rasa sampai sini dulu lah..semoga perkongsian ini dapat neningkat kan lagi amalan dan ketaatan kita kepada allah..insyaallah..assalamualaikum..

Friday, 6 March 2015

KELEBIHAN WANITA YANG MENGIKUT SYARIAT ISLAM


  بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..semoga sahabat2 semua sihat dan dalam lindungan rahmat Allah..seperti biasa..hari ni kami akan kongsikan satu lagi ilmu dan pengatahuan yg manfaat untuk kita semua terutama untuk kaum hawa..insyaallah...semoga kita semua mendapat iktibar dan mengambil nya sebagai satu motivasi untuk diri kita semua..tapi post kami hari ini lebih kepada wanita sikit tau..


Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim).. wanita hiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita solehah..kecantikan wanita bukan dari paras rupanya tetapi dalamannya iaitu hatinya akhlaknya agamanya..tak guna kalau muka cantik tapi akhlak takdak..wahai wanita sekalian peliharalah dirimu dan auratmu kerana dirimu bergitu mahal dan beharga..


Wahai wanita bergitu tinggi darjat kamu..kerana Rasulullah mengangkat darjat kamu sehingga Rasulullah berkata 'siapa yg menyakiti wanita sama seperti dia menyakitiku..jom kita tengok balik macam mana kehidupan wanita di zaman jahiliyah dahulu sebelum kedatangan islam.. semasa zaman jahiliyah kanak2 perempuan yg baru lahir akan dibunuh, wanita2 di rogol dan diseksa..tetapi selepas kedatangan islam semuanya berubah..



Rasulullah datang dengan membawa rahmat sekalian alam dan mengangkat darjat wanita..wanita dilindungi.. malah wanita balik memiliki kelebihan dari lelaki kerana wanita banyak mendahului lelaki dalam banyak hal seperti ummul mukminin saidatina khadijah ialah wanita pertama memeluk islam dan sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dan Rasulullah berkata 'bersabarlah sesungguhnya bagimu syurga di sana..



Wahai wanita apakah kamu tidak mahu menjaga dirimu..apakah kamu tidak malu..bagai mana dengan perasaan Rasulullah jika melihat akhlak kamu semua wahai wanita pada hari ini..pasti Rasulullah sedih..wahai wanita bangkitlah dan memperjuangkanlah dirimu untuk memelihara aurat dan akhlakmu..jangan lah kamu wahai wanita mempersiakan apa yg telah Rasulullah perjuangkan untuk mengangkat darjat wanita..


Dan kat bawah ni adalah soalan yg selalu di persoalkan oleh wanita..semoga ia dapat memberi lebih kepahaman kepada wanita..insyaallah..


Sekumpulan wanita sedang berhimpun berbincang tentang pelbagai permasalahan. Secara tanpa disedari, timbul persoalan dari setiap wanita itu mengenai kekurangan pada wanita yang dirasakan sukar dan tidak adil. Setiap dari seorang mereka menyuarakan persoalan masing-masing.



1⃣Keluhan wanita pertama:

"Aduh, situ tutup, sini tutup, semua nak kena tutup. Susah la camni. Apasal laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya kiri kanan atas bawah depan belakang."


2⃣Keluhan wanita kedua:

"Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami pulak? Padahal suami nak keluar ke mana-mana pun, tak bagitau kami takpe pulak."


3⃣Keluhan wanita ketiga:

"Jika kita ikut faraid (pembahagian harta pusaka mengikut Islam), ikut surah al-Nisa dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sikit rasanya berbanding harta yang anak lelaki dapat. Itukah keadilan?"


4⃣Keluhan wanita keempat:

"Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak? Suami kita senang saja, masa buat anak cari kita. Masa nak beranak, kita yang tanggung sendiri!"


5⃣Keluhan wanita kelima:

"Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami kita, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?"


6⃣Keluhan wanita keenam:

"Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak boleh ceraikan suaminya? Kenapa?"


7⃣Keluhan wanita ketujuh:

"Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat kita perempuan ni suka ke tak solat dan puasa? Dahlah lepas tu kena ganti pulak."


Kemudian datanglah seorang lelaki kepada mereka lalu ditanya, mengapa mereka mengomel tentang kejadian wanita dan kekurangan-kekurangan tersebut. Setelah disoal dengan soalan-soalan di atas, lelaki itu lantas memandang setiap wanita itu sambil tersenyum, seraya menjawab setiap satu daripadanya.



🔺Pada wanita pertama, lelaki itu menjawab:

"Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang paling aman dan terbaik, kan? Emas dan permata pun tak sanggup kita nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang, sebaliknya kita simpan di rumah atau dalam peti selamat kan? Jika anda letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut, tapi anda? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan!! Mahalnya harga anda untuk seorang lelaki."


🔺Pada wanita kedua, lelaki itu menjawab:

"Memang, isteri perlu taat pada suami. Tapi, bagaimana pula lelaki? Seorang suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri pula tidak perlu lagi. Taatnya hanya pada suami. Kenapa anda perlu taat pada suami? Kerana suami andalah yang menanggung SEMUA dosa yang anda lakukan."


🔺Pada wanita ketiga, lelaki itu menjawab:

"Benar wanita menerima warisan pusaka sedikit berbanding lelaki, tetapi harta itu menjadi hak mutlak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Tak perlu dikongsi dengan sesiapa walaupun suami. Lelaki pula, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasalah dia."


🔺Pada wanita keempat, lelaki itu menjawab:

"Tahniah dan terima kasih kepada wanita kerana dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali anda begitu, anda akan didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat. Subhanallah,beruntungnya anda!! Andaikan anda meninggal pula masa beranak tu, percayalah, itu mati syahid dan ganjarannya syurga!!"


🔺Pada wanita kelima, lelaki itu menjawab:

"Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat orang wanita. Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu apa maksudnya? Maknanya, anda nanti di akhirat akan dibantu oleh empat lelaki. Siapa mereka? Mereka ialah suami anda, ayah anda, anak lelaki anda dan adik lelaki/abang anda."


🔺Pada wanita keenam, lelaki itu menjawab:

"Nak beribadat macam lelaki beribadat? Agaknya kenapa Rasulullah SAW lebih suka wanita beribadat di rumah saja berbanding di masjid? Kami lelaki perlu beribadat siang malam untuk mendapat syurga. Anda sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang anda sukai, tanpa perlu susah payah. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula, hanya dengan empat cara. Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan taat pada suami anda. Itu saja."


🔺Pada wanita ketujuh, lelaki itu menjawab:

"Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Anda, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka anda akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Itu janji Allah pada kamu."


🔺Kemudian lelaki itu bertanya mereka pula:

"Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?"


Wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, "Masya'Allah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!"



Allah yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Mengetahui pada manusia, sehingga segala hukumNya, malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.


"Dan barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


Nampak tak macam mana Allah dah aturkan semua nya..cantik percaturan Allah..Allah maha adil dan setiap yg di jadikan ada sebab dan hikmahnya..jadi alhamdulillah dan beryukurlah wahai manita..ok insyallah sampai di sini dululah post kami untuk kali ini..semoga apa yg di sampaikan dapat memberi manfaat untuk kita semua dan siapa yg baca post ini tolong sampaikan kepada orang lain jugak..semoga sama2 kita mendapat keberkatan dan pahala dari Allah SWT..insyaallah..ok la assalamualaikum..

Friday, 27 February 2015

SUNNAH DAN ADAB SEBELUM TIDUR

 بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum…apa kabaq semua.. sihat dak..hari ni kami nak sambung cerita lagi..tapi ni berkaitan dengan diri kita dan ia dapat memberi kita sedikit cara untuk mengikuti Sunnah rasulullah saw..tetapi nak di kata kan cerita tak lah sangat tapi dia lebih kepada perkongsian serba sedikit dari kami apa yg kami tau la dan semoga dapat memberi kita semua mengamalkannya sebagai amanlan seharian kita..insyaallah..

Perkongsian kami pada hari ni ialah Sunnah dan adab sebelum tidoq dan ini yg di lakukan oleh nabi junjungan kita Muhammad SAW.. sahabat semua nabi sebelum tidoq melakukan banyak amalan dan semua amalannya adalah baik untuk kita lakukan..Nabi kita sebelum tidoq akan mengambil ayaq sembahyang dan solat dua rakaat baru tidoq..

Sebelum tu nabi bila sampai di tempat tidoq nabi akan kibas tempat tidoq itu sebanyak tiga kali..insyaallah senangkan untuk kita amalkan yg ini..tak susah pon kan..selain itu semasa berada di tempat tidoq nabi akan membaca ayat qursi, tiga qul, al-fatehah, mengucap syahadah, berselawat, membaca 33 kali subhanallah 33 kali Alhamdulillah 33 kali allahuakbar, dan doa tidoq..habis baca nabi akan mehembus di tapak tangan dan menyapunya di seluruh tubuh nabi yg bermula dari atas kepala dan berakhir di kaki..

Itu amalan yg nabi buat sebelum nabi tidoq..takan kita sebagai umatnya tak boleh ikut kot.tak susah pon untuk kita lakukan nya..pada mulanya mungkin susah tapi kalau kita dah lakukan setiap hari pasti ia akan menjadi kebiasaan dan pasti akan menjadi amalan kita sebelum tidoq..ok kat bawah ni kami akan kongsi sedikit adab sebelum tidoq yg boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita..

Antara adab-adab sebelum tidoq yg boleh kita lakukan ialah:-


Tu antara adab dan amalan yg boleh kita sama-sama lakukan..ha ada lagi satu kalau boleh sebelum tidoq jugak kita mesti baca suruh al-kafirun kerna insyaallah dapat menghalang kita dari terkena sihir semasa tidoq..

Insyaallah rasanya sampai di sini dulu la kot..nanti kita sambung lagi dengan yg lain pulak.. insyaallah semoga apa yg kami kongsi kan tadi dapat di amalkan oleh kita semua dan sampaikan kepada orang lain .. insyaallah..assalamualaikum….

Friday, 20 February 2015

KETAATAN UWAIS AL-QARNI KEPADA IBUNYA


 بسم الله الرحمن الرحيم


assalamualaikum.. hai semua.. hari ni saya akan sambung untuk untuk penulisan seterusnya.. insyaallah..saya akan menceri satu kisah yang sangat menarit dan di harapkan dapat memberi sedikit penganjaran untuk kita semua..kisah ni berkaitan dengan seorang anak yg sangat taat ke kepada ibunya.. ok ceritanya bermula bergini...................


daripada muawiyah bin haidatal qusyairi katanya aku bertanya kepada Rasulullah 'siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik? Rasulullah menjawab ibumu. kemudian aku bertanya siapa lagi? Rasulullah menjawab ibumu. kemudian aku bertanya siapa lagi? Rasulullah menjawab ibumu. kemudian aku bertanya siapa lagi? Rasulullah menjawab bapamu kemudian orang yang paling hampir dengan mu dan seterusnya'. (hadis riwayat tirmizi).


maka jelaslah disini yang ibu adalah yang paling utama untuk kita patuhi, berbakti dan mentaati dan selepas tu baru ayah dan orng terhampir dengan kita. Rasulullah juga pernah bersabda yg bermaksud " redha allah bergantung kepada redha ibu bapa dan murka allah bergantung pada murka kedua ibu bapa".(hadis riwayat hakim)


oleh itu wajib untuk kita mentaati kedua ibu bapa kita. kerna tanpa mereka kita pasti tidak dilahirkan..ok kat sini saya akan menceritakan seorang manusia yang tidak dikenal dibumi malah terkenal di langit dan Rasulullah sendiri mengiktiraf beliau sebagai penghuni langit. beliau adalah Uwais Al-Qarni..


uwais al-qarni hidup dizaman rasululah dan menetap di Yaman. hidupnya sangat miskin dan anak yatim. dia hanya tinggal dengan ibunya yang sudah tua dan lumpuh malah buta kedua matanya. ibunya hanya bergantung harap kepadanya. miski pun dia miskin tapi dia sangat kaya dengan budi bahasa dan adab yg baik. 


selain itu uwais juga terkenal sebagai seorang sangat taat kepada ibunya dan taat beribadah. uwais sentiasa membantu ibunya tanpa dan tidak pernah mengeluh dan mengurus keperluan ibuna dahulu sebelum dia membuat kerja lain. 


uwais al-qarni sebenarnya mempunyai satu impian iaitu ingin merjupa sendiri dengan rasulullah akan tetapi dia sedar akan sebenarnya tanggungjawabnya yg lebih utama adalah berbakti kepada ibunya yg sedang uzur. tetapi kerinduan dia kepada rasulullah sangat tinggi . beliau mendekati ibunya dan memohon izin dan restu untuk mertemu dengan rasulullah di madinah. ibunya berkata 'pergilah wahai uwais dan temuilah nabi di rumahnya bila selesai berjumpa segeralah engkau pulang ke pangkuanku. 


uwais sangat gembira dan segera berkemas untuk berangkat. dia jugak menyiapkan segala keperluan ibunya dan berpesan kepada jiran supaya menemani ibunya selama dia tiada di rumah. sampai saja di madinah uwais terus menuju ke rumah rasulullah. sampai di rumah rasulullah beliau di beritahu oleh aisyah bahawa rasulullah tidak ada di rumah kerana sedang berada di medan perang. uwais sangat kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan rasulullah dan beliau tidak dapat untuk menunggu lama kerana teringat akan ibunya yg sudah tua sedang menantinya di rumah. 


atas ketaatan kepada ibunya, beliau terus barangkat pulang dengan segera dan beliau menyuruh aisya menyampaikan salamnya kepada rasulullah. tidak lama selepas itu rasulullah pulang dan aisya memberitahu akan kedatangan uwais. dan rasulullah berkata 'itu lah dia Uwais Al Qarni anak yg sangat taat akan ibunya'. dan nabi berkata lagi 'jika kalian ingin berjupa dengan dia perhatikanlah beliau mempunyai tanda putih di tengah telapak tangannya. 


selepas itu rasulullah memandang kepada saidina umar dan saidina ali dan berkata 'suatu ketika nanti bila kalian berjumpa dengannya maka mintalah doa dan istighfarnya kerana dia adalah penghuni langit bukan penghuni bumi. dan suatu ketika saidina umar dan saidina ali pun berjumpa dengan uwais al qarni dan meminta doa darinya. 


selain itu ibunya juga mempunyai hajat untuk menunaikan haji di mekah. namun dengan kudrat itu pasti ibunya tidak mampu untuk pergi ke mekah. umais mendapat satu ilham. dia membeli seekor anak lembu.apa yg beliau lakukan adalah pada setiap petang beliau akan mendukung anak lembu tersebut dengan menggunakan tangan nya dan membawanya naik keatas bukit dan mendukungnya membawa turun dari bukit pada keesokan paginya. beliau melakukan sebegitu sehingga anak lembu itu besar.


sebenarnya yg dilakukannya itu adalah untuk menguat kan tangannya kerana dia ingin mendukung ibunya untuk membawa ke mekkah untuk menunaikan haji. dam selesai melakukan haji beliau mendukung ibunya pulang. setibana di rumah ibunya bertanya 'apa yg kamu doakan sepanjang kamu di mekkah. dia menjawab 'saya berdoa supaya allah mengapunkan semua dosa-dosa ibu. ibunya tanya lagi 'bagaiman pula dengan dosa kamu'. dia menjawab 'dengan terampunnya dosa ibu, ibu pasti masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya jugak masuk syurga. 


masyaallah..tengoklah sifat dan akhlak uwais al qarni dan bagaiman ketaatan nya kepada ibunya..semoga dengan perkongsian yg sedikit ni dari saya akan memberi sedikit kesan untuk kita berubah dan taat kepada ibu bapa kita..insyaallah. 

Friday, 13 February 2015

KELEBIHAN MENGHIDUPKAN SUNNAH RASULULLAH SAW



 بسم الله الرحمن الرحيم

        assalamualaikum..salam ukhwah fillah.. first time ni kami nak tulis kat blog..n kami nak habaq mai ni ..kami nak cerita sikit tentang yg akan memberi semangat untuk kita mengharungi arus kehidupan seharian kita..dalam blog ni jugak kami akan kongsikan kisah dan pengalaman yg terjadi terdahulu sebelum kita,,dah boleh dah kot takat ni pengenalan dia noh.. ok untuk permulaan ni kami akan menceritakan tentang kelebihan menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W..


        Sunnah Rasulullah adalah apa yg d lakukan,,apa yg di buat dan apa yg di pakai oleh rasulullah SAW.. sunnah rasulullah sangat banyak dan dari rasulullah bangun di pagi hari sehingga tiduq balik di malam hari maka sepanjang hari tu adalah sunnah yg di lakukan oleh rasulullah ..sunnah rasulullah pelbagai bentuk darisegi  pakaian,,akhlak,,makanan dan kehidupan seharian..


       kalau kita semua nak tau ni mai kami nak habaq..jika kita mengikut sunnah rasulullah besaq pahalanya ni seperti hadith nabi "dari amr bin auf bin zaid al-muzani r.a rasulullah bersabda barang siapa yg menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian di amalkan oleh manusia, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang-orang yg mengamalkannya dengan tidak mengurangkan pahala mereka sedikit pon..


         ok apa yg kita paham,kalau kita ikut satu ja sunnah nabi n kita amalkan maka kita akan dapat pahala..so kita tak mau ka pahala..bukan susah nak dapat pahala ikut ja sunnah nabi dan amalkan..sunah nabi kan banyak paling senang kalau kita p masjid pakai lah jubah..pakai jubahkan sunnah..kalau nak tambah lagi pakailah serban..ha kalau hampa nak tau orang yg pakai serban ni malaikat akan sentiasa mengikutnya..


         tu sunnah dari segi pakaian..kalau dari segi makanan dan minuman pulak rasulullah suka makan buah kurma, labu dan banyak lagi.dan nabi suka makan menggunakan tangan. kalau minuman nabi suka minum minuman yg sejuk..


         tu baru sikit.. sebenaqnya banyak lagi tapi kami nak cerita kelebihan mengamalkan sunnah. antara kelebihanya ialah di riwayatkan dalam sebuah hadith bahawa sapa yg mengamalkan satu sunnah nabi maka di seperti mendapat 100 pahala orang mati syahid.apakah kita tak mau hanya dengan amalkan satu sunnah kita seperti dapat pahala mati syahid,. Subhanallah allahuakbar..besaq sunguh pahala orang yg ikut sunnah nikan..


        kelebihanya lagi dari anas r.a nabi SAW bersabda "sesiapa yang menghidupkan sunnah ku makadia telah mengasihiku  dan siapa yg mengasihiku dia akan masuk syurga bersama-samaku..ya Allah ..tengok tu dapat masuk syurga sama-sama dengan nabi..tak mau lagi ka..


        ok ni last nak bagi tau kelebihan orang yg mengamalkan sunnah dalam kehidupan sehariannya.. maka orang tersebut akan mendapat 4 keuntungan di dunia dan 4 keuntungan di akhirat..
4 keuntungan di dunia:-1 dia di sayangi semua orang
                                     -2 dia di takuti oleh musuh
                                     -3 hidup akan di berkati
                                     -4 agama tidak akan tercemar
4 keuntungan di akhirat:-1 di kubur kita akan mengenal wajah rasulullah
                                       -2 mendapat syafaat rasulullah
                                       -3 rasulullah menenal kita di padang mahsyar
                                       -4 kita akan berjiran dengan rasulullah..


ok sampai di sini dulu perkongsian kami..insyaallah semoga kita semua mendapat sedikit kesan dan akan mengamalkan sunnah rasulullah SAW..insyaallah..